Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh : 10 November 2011
Masa : 8.30-9.00 pagi
Tahun : 2 Baiduri
Bilangan murid : 25 orang
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tajuk : Penjodoh Bilangan
Hasil Pembelajaran :-
Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 : Membaca dan menulis perkataan – ayat tunggal dan ayat majmuk.
8.1 Membina dan menulis – ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1 : Menulis perkataan – ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan topik yang diberikan.
Objektif : Di akhir pelajaran murid akan dapat :-
1. Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk yang dipaparkan malalui LCD.
2. Mengenalpastikan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat.
3. Memahami penggunaan setiap penjodoh bilangan di dalam ayat.
4. Membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar yang
diberi.
Sistem bahasa : Tatabahasa – penjodoh bilangan
Kosa kata – memelihara, rendang
Pengisian kurikulum : Ilmu – Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Muzik,
Nilai – Bekerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir, Memberi pendapat
Kecerdasan Pelbagai : Verbal – Lingustik, Interpersonal
Bahan bantú Mengajar : LCD, Gambar, Kertas warna, radio, Sampul surat
Pengetahuan sedia ada : Murid – murid pernah belajar penjodoh bilangan di semester satu.
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah/ Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti | Catatan |
Set Induksi 2 minit | ![]() | 1. Guru menanya khbar murid sebaik sahaja masuk ke dalam kelas. 2. Kemudian, guru memberikan sekeping sampul surat kepada setiap kumpulam. 3. Meminta murid menyusun huruf yang terdapat dalam sampul surat yang diberikan. 4. Kemudian, guru meminta wakil daripada setiap kumpulan keluar dan tuliskan perkataan yang disusun. 5. Guru menanya murid persamaan diantara perkataan-perkataan ini ? 6. Apabila murid menjawab sebagai Penjodoh Bilangan, maka guru membawa murid ke sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. | BBM- 1.Sampul surat 2.Kad imbasan Kaedah: 1. Kumpulan 2. Perseorangan Aktiviti berpusatkan murid. KB- menjana idea |
Langkah 1 10 minit | ![]() Ayat – ayat yang dipamerkan melalui LCD. 1. Ali menghadiahkan sekuntum bunga mawar kepada guru kelasnya. 2. Bapa saya membeli sebuah kereta yang berwarna ungu. 3. Ragu memelihara seekor anjing yang comel. 4. Ibu membeli sehelai baju bahru sempena Hari Raya. 5. Datuk mengait beberapa biji durian di dusun buah-buahannya. | 1. Guru memaparkan beberapa gambar animasi dan ayat tunggal melalui LCD. 2. Guru memanggil beberapa orang murid dan meminta membaca ayat yang dipapar dengan sebutan yang betul. 3. Guru memastikan sebutan murid betul dan jelas. 4. Kemudian, guru meminta murid-murid membaca secara kumpulan dengan kuat. 5. Selepas itu, guru meminta murid mengenalpastikan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat. 6. Guru menerangkan penggunaan setiap penjodoh bilangan dengan memberikan pelbagai contoh. | BBM : LCD Kaedah: Perseorangan Kumpulan Interaksi dua hala |
Langkah 2 10 minit | Arahan :- Ø Membina satu ayat daripada penjodoh bilangan yang diambil daripada kotak muzik. ![]() | 1. Guru memainkan muzik dan meminta murid mengedarkan kotak muzik dalam pusingan kumpulan. 2. Guru memberentikan muzik secara tiba-tiba dan murid yang memegang kotak itu diminta keluar ke hadapan kelas. 3. Murid diminta mengeluarkan sehelai kertas di dalam kotak tersebut. 4. Selepas murid membaca penjodoh bilangan yang terdapat di kertas itu, murid juga diminta membina satu ayat daripada penjodoh bilangan tersebut. 5. Permainan diteruskan dan murid-murid lain dipanggil. | BBM- 1. Laptop 2. LCD KB-Menjana idea |
Penilaian 5 minit | Latihan :- 1. Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat dibawah. | 2. Murid diberi kertas latihan kepada setiap murid. 3. Murid diminta menyiapkannya secara individu. 4. Guru membuat membimbing murid-murid sepanjang murid membuat latihan tersebut. | BBM- Lembaran kerja KP-Interpersonal KB- menjana idea |
Penutup 3 minit | Meminta murid memberi contoh : Ø Seekor – monyet, burung, gajah Ø Sebiji – durian, manga, bola Ø Sebuah – rumah, kereta, almari Ø Sebatang – pembaris, pen | 1. Guru memanggil murid secara rawak dan diminta memberikan contoh bagi penjodoh bilangan yang diberi oleh guru. 2. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan murid yang berlainan. 3. Guru mengucapkan taniah kepada murid – murid yang menjawab dengan betul. | Kaedah : 1. Perseorangan |
Lembaran Kerja
Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.
1. Kakak Tina membelikan empat ( biji , buah , batang ) pensel untuk adiknya.
2. Mohamad Fikri memberikan susu kepada tiga ( orang , ekor , buah ) anak kucingnya yang baru lahir itu.
3. Ibu membeli ( sebuah , sebatang , sebiji ) beg sekolah untuk adik.
4. Zamri mempunyai dua ( helai , buah , utas ) baju sukan.
5. Ayah membeli dua ( pasang , buah , batang ) kasut sempena Hari Raya.
6. Pak Kasim membawa pulang sepuluh ( ulas , tandan , biji ) buah mangga.
7. Rashid membeli dua ( biji , batang , buah ) bola ping pong.
8. Lima ( biji , orang , batang ) kanak – kanak bermain bola di padang.
No comments:
Post a Comment