Pendahuluan
Sumber dan bahan bantu mengajar yang digunakan dengan baik akan dapat membantu menambahkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah.. Bahan pengajaran ialah bahan yang gunakan untuk membantu dalam aktiviti pengajaran seperti gambar, spesimen, perakam pita, dan radio maupun papan tulis. Bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti radas, buku teks, bahan bercetak dan kad kerja. Bahan pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat semasa proses pembelajaran dan pembelajaran.
Papan Unjuran
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih. Terdapat beberapa jenis papan unjuran,antaranya ialah papan tulis. Papan tulis adalah alat bantu mengajar di dalam bilik darjah yang masih releven digunakan di zaman moden ini. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu. Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah. Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa. Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.
Pelaksanaan pengajaran makro
Saya, Chandrasegar a/l Rajandran menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2. Tajuk pengajaran ialah Penjodoh Bilangan. Bidang yang diberi ialah bidang 1, nilainya pula berkaitan dengan jimat cermat. Kaedah yang digunakan ialah bermain dengan menggunakan muzik dan sumbang saran. Disamping itu, saya juga mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai serta kemahiran pembelajaran berkumpulan.
A Kejelasan
Kekuatannya ialah huruf yang saya tulis jelas dan tidak bersambung. Saiz tulisannya pula boleh dibaca oleh semua murid-murid termasuk yang duduk di bahagian belakang bilik darjah. Selain itu lakaran grafik juga telah membantu murid lebih mudah memahami mesej yang hendak saya sampaikan.
B Susunan
Saya juga telah menggunakan ruang yang sesuai untuk menulis nota, rajah dan ilustrasi. Nota dan maklumat yang saya catat juga saling berkait dan mudah difahami. Namun begitu,masih ada beberapa orang murid yang duduk di bahagian tepi kurang jelas melihat rajah dan gambar yang dipaparkan.. Masalah ini berlaku kerana gambar yang dipaparkan warnanya kurang jelas dan lakarannya pula menggunakan kapur tulis warna biru dan hijau. Murid yang duduk di bahagian tepi kelas ,sukar membezakan warna-warna tersebut.
C Penekanan/penonjolan
Saya juga menyusun gambar-gambar secara teratur pada papan tulis. Disamping itu susunan gambar juga telah dapat memperjelas idea-idea yang masih kabur. Penyusunan gambar pada papan tulis juga telah menarik minat murid-murid.. Selain itu, maklumat yang dipaparkan juga dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebahagian besar murid.
D Teknik persembahan
Saya juga telah menggunakan papan tulis untuk membina carta alir agar murid mudah memahami perkaitan antara sesuatu idea yang disampaikan oleh guru. Sebilangan besar murid telah mengambil bahagian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu,kelemahan yang ketara ialah lakaran rajah ada yang sukar menepati konsep yang hendak saya disampaikan. Kesan yang timbul ialah mungkin setiap murid mempunyai tanggapan yang berlainan antara satu sama lain, dan mungkin juga berbeza dengan konsep yang hendak disampaikan oleh saya.
Kelebihan pengajaran saya
Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media ini perlu digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik dan memberikan penerangan kontektual terhadap isi pelajaran murid. Oleh itu, saya juga telah memastikan penggunaan papan tulis dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid. Saya juga telah mengubah strategi penggunaan papan tulis semasa pengajaran, dengan membahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan. Bahagian kiri saya gunakan untuk menulis fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini saya pertahankan dan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri.
Bahagian tengah pula saya gunakan untuk menampal gambar rangsangan dan juga digunakan sebagai tempat untuk maklum balas murid ketika memberikan jawapan soalan lisan yang saya ajukan.Di bahagian tengah ,maklumat boleh ditulis dan dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung. Bahagian kanan dari papan tulis pula saya gunakan untuk menuliskan kesimpulan hasil proses pembelajaran. Penjodoh bilangan tersebut saya tulis secara sistematik dan dapat dibandingkan dengan hasil pembelajaran. Di samping itu, sumber dan bahan bantu mengajar juga saya sesuaikan dari segi saiz,minat, keupayaan dan umur murid. Saya juga telah memastikan semua tulisan dan label yang dipaparkan dalam carta dan gambar rajah boleh dilihat dan dibaca dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. Saya juga telah memastikan bahan tersebut saiznya sesuai dengan papan tulis. Dari segi warna, saya juga memilih warna-warna yang terang agar murid mudah membuat perbandingan. Begitu juga dengan lakaran rajah, saya telah menggunakan kad-kad perkataan dan kad gambar untuk membantu murid memahami idea yang hendak saya sampaikan.
RUMUSAN
Setiap guru hendaklah kreatif dan menggunakan bahan sumber yang ada di dalam kelas. Selain itu, guru juga hendaklah mengambil kira sosio budaya dan ekonomi setempat agar penggunaan bahan pengajaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Guru juga boleh menggunakan bahan di sekeliling murid sebagai sumber pembelajaran .
No comments:
Post a Comment