Tuesday, December 13, 2011

My Refleksi


Pendahuluan
Sumber dan bahan bantu mengajar yang digunakan dengan baik akan dapat membantu menambahkan lagi keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah.. Bahan pengajaran ialah bahan yang gunakan untuk membantu dalam aktiviti pengajaran seperti gambar, spesimen, perakam pita, dan radio maupun papan tulis. Bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti radas, buku teks, bahan bercetak dan kad kerja. Bahan pengajaran dan pembelajaran saling berkait rapat  semasa proses pembelajaran  dan pembelajaran.

Papan Unjuran
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih. Terdapat beberapa jenis papan unjuran,antaranya ialah papan tulis. Papan tulis adalah  alat  bantu mengajar di dalam bilik darjah yang masih releven digunakan di zaman moden ini.  Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu. Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah. Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa. Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.
Pelaksanaan pengajaran makro
Saya, Chandrasegar a/l Rajandran menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa  Melayu  Tahun 2. Tajuk pengajaran ialah Penjodoh Bilangan. Bidang yang diberi ialah bidang 1, nilainya pula berkaitan dengan jimat cermat. Kaedah yang digunakan ialah bermain dengan menggunakan muzik dan sumbang saran. Disamping itu, saya juga mengaplikasikan pendekatan pemupukan nilai serta kemahiran pembelajaran berkumpulan.
 Kelemahan pengajaran saya
A Kejelasan
Kekuatannya ialah huruf yang saya tulis jelas dan tidak bersambung. Saiz tulisannya pula  boleh dibaca oleh semua murid-murid termasuk yang duduk di bahagian belakang bilik darjah. Selain itu lakaran grafik juga telah membantu murid lebih  mudah memahami mesej yang hendak saya sampaikan.  
B Susunan
Saya juga telah menggunakan ruang yang sesuai untuk menulis nota, rajah dan ilustrasi. Nota dan maklumat yang saya catat juga saling berkait dan mudah difahami. Namun begitu,masih ada beberapa orang murid yang duduk di bahagian  tepi kurang jelas melihat rajah dan gambar yang dipaparkan.. Masalah ini  berlaku kerana gambar yang dipaparkan warnanya kurang jelas dan lakarannya pula menggunakan kapur tulis warna biru dan hijau. Murid yang duduk di bahagian tepi kelas ,sukar membezakan warna-warna tersebut.
C Penekanan/penonjolan
Saya juga menyusun gambar-gambar secara teratur pada papan tulis. Disamping itu susunan gambar juga telah dapat memperjelas idea-idea yang masih kabur. Penyusunan gambar pada papan tulis juga telah menarik minat murid-murid.. Selain itu, maklumat yang dipaparkan juga dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebahagian besar murid.  
D Teknik persembahan
Saya juga telah menggunakan papan tulis untuk membina carta alir agar murid mudah memahami perkaitan antara sesuatu idea yang disampaikan oleh guru. Sebilangan besar murid telah mengambil bahagian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu,kelemahan yang ketara ialah lakaran rajah ada yang sukar menepati konsep yang hendak saya disampaikan. Kesan yang timbul ialah mungkin setiap murid mempunyai tanggapan yang berlainan antara satu sama lain, dan mungkin juga berbeza dengan konsep yang hendak disampaikan oleh saya.

Kelebihan pengajaran saya
Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media ini perlu digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik dan memberikan penerangan kontektual terhadap isi pelajaran murid.  Oleh itu, saya juga telah memastikan penggunaan papan tulis dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid. Saya juga telah mengubah strategi penggunaan papan tulis semasa pengajaran, dengan membahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan. Bahagian kiri saya gunakan untuk menulis fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini saya pertahankan dan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri.
Bahagian tengah pula saya gunakan untuk menampal gambar rangsangan dan  juga digunakan sebagai tempat untuk maklum balas murid ketika memberikan jawapan soalan lisan yang saya ajukan.Di bahagian tengah ,maklumat boleh ditulis dan dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung.  Bahagian kanan dari papan tulis pula saya gunakan untuk menuliskan kesimpulan hasil proses pembelajaran. Penjodoh bilangan tersebut saya tulis secara sistematik dan dapat dibandingkan dengan hasil pembelajaran. Di samping itu, sumber dan bahan bantu mengajar juga saya sesuaikan dari segi saiz,minat, keupayaan dan umur murid. Saya juga telah memastikan semua tulisan dan label yang dipaparkan dalam carta dan gambar rajah boleh dilihat dan dibaca dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. Saya juga telah memastikan bahan tersebut saiznya sesuai dengan papan tulis.  Dari segi warna, saya juga memilih warna-warna yang terang agar murid mudah membuat perbandingan. Begitu juga dengan lakaran rajah, saya telah menggunakan kad-kad perkataan dan kad gambar untuk membantu murid memahami idea yang hendak saya sampaikan.
RUMUSAN
Setiap guru hendaklah kreatif dan menggunakan bahan sumber yang ada di dalam kelas. Selain itu, guru juga hendaklah mengambil kira sosio budaya dan ekonomi setempat agar penggunaan bahan pengajaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Guru juga boleh menggunakan bahan di sekeliling murid sebagai sumber pembelajaran .

Rancangan Pengajaran Harian (Penjodoh Bilangan) dan Latihan


Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh                         :           10 November  2011
Masa                           :           8.30-9.00 pagi
Tahun                         :           2 Baiduri
Bilangan murid           :           25 orang
Mata pelajaran            :           Bahasa Malaysia
Tajuk                          :           Penjodoh Bilangan
Hasil Pembelajaran  :-
Fokus Utama              :           5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 : Membaca dan menulis perkataan – ayat tunggal dan ayat majmuk.
8.1 Membina dan menulis – ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1 : Menulis perkataan –  ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan topik yang diberikan.
Objektif                                  :           Di akhir pelajaran murid akan dapat  :-
1. Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk yang dipaparkan malalui LCD.
2. Mengenalpastikan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat.
3. Memahami penggunaan setiap penjodoh bilangan di dalam  ayat.
4. Membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar  yang        
diberi.
Sistem bahasa                         : Tatabahasa – penjodoh bilangan
                                                  Kosa kata – memelihara, rendang
Pengisian kurikulum               : Ilmu – Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Muzik,
                                                 Nilai – Bekerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir, Memberi pendapat
Kecerdasan Pelbagai              : Verbal – Lingustik, Interpersonal
Bahan bantú Mengajar           : LCD, Gambar, Kertas warna,  radio, Sampul surat
Pengetahuan sedia ada           : Murid – murid pernah belajar penjodoh bilangan di semester satu.









 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan

Set Induksi
2 minit




Description: C:\Users\senthil\Desktop\sampul.jpg
1.      Guru menanya khbar murid sebaik sahaja masuk ke dalam kelas.
2.      Kemudian, guru memberikan sekeping sampul surat kepada setiap kumpulam.
3.      Meminta murid menyusun huruf yang terdapat dalam sampul surat yang diberikan.
4.      Kemudian, guru meminta wakil daripada setiap kumpulan keluar dan tuliskan perkataan yang disusun.
5.      Guru menanya murid persamaan diantara perkataan-perkataan ini ?
6.      Apabila murid menjawab sebagai Penjodoh Bilangan, maka guru membawa murid ke sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.



BBM-
1.Sampul surat
2.Kad imbasan

Kaedah:
1. Kumpulan
2. Perseorangan

Aktiviti berpusatkan murid.

KB- menjana idea

Langkah 1
10 minit

Description: C:\Users\senthil\Desktop\lcd.jpg
Ayat – ayat yang dipamerkan melalui LCD.
1.      Ali menghadiahkan sekuntum bunga mawar kepada guru kelasnya.
2.      Bapa saya membeli sebuah kereta yang berwarna ungu.
3.      Ragu memelihara seekor anjing yang comel.
4.      Ibu membeli sehelai baju bahru sempena Hari Raya.
5.      Datuk mengait beberapa biji durian di dusun buah-buahannya.

1.      Guru memaparkan beberapa gambar animasi dan ayat tunggal melalui LCD.
2.      Guru memanggil beberapa orang murid dan meminta membaca ayat yang dipapar dengan sebutan yang betul.
3.      Guru memastikan sebutan murid betul dan jelas.
4.      Kemudian, guru meminta murid-murid membaca secara kumpulan dengan kuat.
5.      Selepas itu, guru meminta murid mengenalpastikan penjodoh bilangan yang terdapat dalam ayat.
6.      Guru menerangkan penggunaan setiap penjodoh bilangan dengan memberikan pelbagai contoh.

BBM : LCD

Kaedah: Perseorangan
Kumpulan

Interaksi dua hala




Langkah 2
10 minit


Arahan :-
Ø  Membina satu ayat daripada penjodoh bilangan yang diambil daripada kotak muzik.

Description: C:\Users\senthil\Desktop\box.jpg
1.      Guru memainkan muzik dan meminta murid mengedarkan kotak muzik dalam pusingan kumpulan.
2.      Guru memberentikan muzik secara tiba-tiba dan murid yang memegang kotak itu diminta keluar ke hadapan kelas.
3.      Murid diminta mengeluarkan sehelai kertas di dalam kotak tersebut.
4.      Selepas murid membaca penjodoh bilangan yang terdapat di kertas itu, murid juga diminta membina satu ayat daripada penjodoh bilangan tersebut.
5.      Permainan diteruskan dan murid-murid lain dipanggil.


BBM-
1.      Laptop
2.      LCD


KB-Menjana idea







Penilaian
5 minit

Latihan :-

1.      Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat dibawah.
2.      Murid diberi kertas latihan kepada setiap murid.
3.      Murid diminta menyiapkannya secara individu.
4.      Guru membuat membimbing murid-murid sepanjang murid membuat latihan tersebut.



BBM-
Lembaran kerja

KP-Interpersonal

KB- menjana idea

Penutup
3 minit

Meminta murid memberi contoh :

Ø  Seekor    – monyet, burung, gajah
Ø  Sebiji       – durian, manga, bola
Ø  Sebuah    – rumah, kereta, almari
Ø  Sebatang – pembaris, pen






1.      Guru memanggil murid secara rawak dan diminta memberikan  contoh bagi penjodoh bilangan yang diberi oleh guru.
2.      Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan murid yang berlainan.
3.      Guru mengucapkan taniah kepada murid – murid yang menjawab dengan betul.


Kaedah :
1.      Perseorangan
















Lembaran Kerja
Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.
1.  Kakak Tina membelikan empat ( biji , buah , batang ) pensel untuk adiknya.
2.  Mohamad Fikri memberikan susu kepada tiga ( orang , ekor , buah ) anak kucingnya yang baru lahir itu.
3.  Ibu membeli ( sebuah , sebatang , sebiji ) beg sekolah untuk adik.
4.  Zamri mempunyai dua ( helai , buah , utas ) baju sukan.
5.  Ayah membeli dua ( pasang , buah , batang ) kasut sempena Hari Raya.
6.  Pak Kasim membawa pulang sepuluh ( ulas , tandan , biji ) buah mangga.
7.  Rashid membeli dua ( biji , batang , buah ) bola ping pong.
8.  Lima ( biji ,  orang , batang ) kanak – kanak bermain bola di padang.